Monday, December 22, 2008

SEKADAR CORETAN


Dahulu

Suatu ketika dahulu, apabila terlihat motor-motor besar lalu didepan saya, selalu saya terfikir bilakah saya juga akan memiliki motor besar seperti mereka. Walau hanya sekadar 250cc sahaja sudah cukup untuk saya.

Sekarang

Pada ketika ini, saya telahpun memiliki motor seperti yang saya impikan suatu ketika dahulu. Sekitar bulan Ogos 2008, saya telah membuat 'survey' ke atas beberapa buah kedai tetapi malangnya kebanyakkan kedai motor di Sabah tidak menjual motor 250cc ke atas. Atas cadangan dan nasihat daripada seorang kawan, saya telah pergi ke sebuah kedai yang ada menjual motor tersebut (tidak payahlah sebut nama kedai nanti promosi free pulak..hehe..). tanpa berlengah, saya telah membeli salah sebuah motor yang ada di kedai tersebut. Buat masa ini Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan prestasi motor yang saya beli.

Kini
Sekitar Bulan September 2008, atas perbincangan dengan beberapa orang rakan-rakan pemilik motor 250cc ke atas, kami telahpun menubuhkan secara tidak rasmi (belum berdaftar dengan R.O.S la) sebuah kelab permotoran yang dikenali sebagai "B'OneBikers". Siapa-siapa yang mau join, jom la treck..hehe..

No comments: