Thursday, December 18, 2008

AKTIVITI BIGBIKERS

Golf...antara aktiviti sukan bagi ahli-ahli B'One Bikers Club dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka sepanjang tahun. Golf adalah salah satu antara sukan yang menarik dan sesuai untuk sukan riadah. Suatu ketika dahulu sukan golf pada anggapan orang hanya sesuai dimainkan oleh orang-orang kaya sahaja tetapi tahukah anda bahawa sukan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bila dilihat dari satu segi, sukan ini semacam tidak berfaedah sahaja, tetapi bila anda main badan akan berpeluh, sementara itu, boleh la berbincang dengan rakan-rakan mengenai apa-apa sahaja. Dahulu, saya pun beranggapan sukan ini tidak menarik dan hanya dimainkan oleh orang yang pemalas sahaja. Tetapi sekarang ini sekali pukul bola, mau berkali-kali lagi memukul bola. semacam ada satu semangat untuk terus bermain walau hanya sekadar driving range. jika anda berminat, jom la main sepukul dua...wassalam.....

No comments: